Wednesday, March 22, 2006

Permata yg hilang...

"Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad), maka jikalau kamu mati apakah mereka akan kekal? Tiap-tiap yang berjiwa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan."
[Surah al-Anbiyaa 21:34-35]


Detik 1 pg... tik-tok-tik-tok... permulaan 1 ari baru... Aku lak baru je tiba ke perkarangan umah setelah seharian suntuk di opis... mmg aku lesu abis. Tiap2 ari dr Isnin ke Jumaat merupakan rutin aku bergerak ulang-alik dr Kg Melayu Subang ke Bdr Baru Bangi... 'selg x tutup mata, keje x3'. 'Salin dan tido teros!!!', getus atiku. Baru je 2 butang baju keja aku bukak, tetiba Nokia 6600 di sisi pinggang aku mendendangkan ringtone 'Rasa Sayang' tanda panggilan dr seorg rakan... Man teman sebilik aku rupanya... 'Akum bang. Haa... apa hal Man?'

'Wslm. Wan... aku nak kasi tau ko berita En Bakar... En Bakar dah meninggal dunia... kol 1230 td di HKL.'

Aku tergamam seketika. Lesuku td tiba2 lenyap begitu je. En Bakar dah meninggal?! Sejenak itu, secara automatis fikiran aku mula melayang... mengimbas 1 persatu rentetan peristiwa hitam-putih bersama bekas majikan aku, En Abu Bakar Husin. Arwah merupakan majikan pertama aku... org yg byk skali berjasa kpd aku yg ketika itu masih bergelar 'graduan mentah' dr UTM Skudai... Taun 1996, aku menemui mentorku. Jari aku mula menaip SMS berita kematiannya kpd suma kenalan yg mengenali arwah. Inna lillah wa inna 'ilayhi raji'un... sesungguhnya kami ini milik Allah dan kepada-Nya jua kami kembali.

8hb Mac 2006... Dlm usia 52 taun, arwah menghembuskan nafas terakhir setelah 4 ari berada di wad HKL. Terngiang2 lg isi perbualan aku bersama adik aku, Yu sehari sebelum En Bakar meninggalkan kami utk selamanya... Ntah kenapa, mlm tu tetiba aku terasa sgt nak bercerita kisah aku dan En Bakar... dan Yu secara kebetulan berada di situ sbg pendengar setia Era... sori Yu... sabar jela dgn monolog abgmu nie :p Aku mula mendpt panggilan dr member2 yg aku SMS td...

Perkenalan kami bertitik tolak seawal waktu aku menjalani industrial practical lg di mana arwah mengambil aku sbg trainee. Taun 1996 menjd catatan pertama aku bekerja di sebuah syarikat swasta dgn elaun bulanan berjumlah RM500 (byk tu utk trainee masa tu) dan langkah pertama aku menjejakkan kaki ke bumi Wangsa Maju-Sri Rampai... wut a glorious place to be! Mlm tu aku bergayut pjg ngan member2 aku perihal arwah.

Masa terus berlalu meninggalkan kita... 22hb Mac 2006. 'Ko perasan x our fellowship actually start wiz En Bakar?', soal Man. Mmg benar... kebanyakan teman2 rpt yg aku kenali dan masih berhubungan hingga kini (Man, Ramon, Isma, Jiman, Dhan, Syamsul, Erol, Sudin, Ery, Burn, Izzat, Sab) actually berasal dr syarikat urusan beliau, SSM Advanced Technology Sdn Bhd (SSMAT). Zaman bersama arwah di SSMAT nie kitaorg refer as 'the golden years'. Arwah yg amat gemar memancing bukan sekadar seorg majikan malah beliau berjaya menyatukan kami yg berlainan root dan bidang nie dlm sebuah unit 'kekeluargaan' yg berkhidmat atas dasar organisasi yg sama dan jelas. Hebat kan? Hubungan mesra yg dipupuk oleh En Bakar among his staffs amat kuat hinggakan pekerjaan yg dilaksanakan oleh kami disulami dgn komitmen 'maju bersama'... penoh motivasi! Aku masih ingat lg bagaimana En Bakar penah mengarahkan kami 'tutup kedai' sejurus selepas mendpt berita kematian bapa kpd rakan sejawat kami... bukannya utk berkabung tp kesempatan buat kami 'turun pdg' bersama2 menguruskan pengkebumian jenazah... begitu erat skali ikatan ini!

Semmgnya 'golden years'... ukhwah seistimewa ini tidak lg aku kecapi walo dah 3 kali bertukar keja... from small enterprise to medium company to big organisation... lompat si katak lompat... aku teros melompat :p Kini matlamat organisasi yg diterapkan pd aku lebih berupa segmentation... d organizational direction is being cascade down for formality purposes only... worst, wiz all d missing ingredients... n alignment to organisation goal (to me) is merely fabricated! We work in partition n dats how we reflect each other. Up until now, aku sendiri sbg seorg pekerja 'mahir' *teet* menghadapi kesukaran menghayati sepenuhnya my organisational vision n missions... how abt u guys?

An idealistic person... arwah semmgnya bersikap suka memberi tunjur-ajar kpd anak buahnya tanpa rasa jemu (which sometime take a very-very long session... hehehehe). Dgn berbekalkan sepucuk rokok Benson n Hedges di tgn (dr sini aku mula meminati brand 'Golden Dream' nie... arwah semmgnya ada style), setiap kata beliau diucapkan dgn sepenoh ati... from life to career building... u name it... u just have to sit n listen. Byk kita leh blaja drpd pengalaman dan perspektif arwah... aku beruntung ketemu dgnnya.
"Bekerjalah (berniaga) kamu seakan-akan kamu hidup selama-lamanya, dan beribadahlah kamu, seakan-akan kamu akan mati besok" [Hadits Rasulullah saw]

Mati itu suatu pengakhiran yg pasti. Moga pemergian insan yg ku hormati ini memberi peringatan dan ikhtibar kpdku agar x lalai dlm melaksanakan tugas yg dipertanggungjwbkan di dunia maupon di akhirat. Semoga rohmu dicucuri rahmat Allah swt. Last but not least, dr lubuk ati yg tulus ikhlas... TERIMA KASIH EN BAKAR!

12 Perhentian

Dpt jer duduk kat spot seat besi plg cun dlm LRT, aku kembali menjengah application Blogger v1.02 yg baru 2 ari lps aku install d hp SE P1i...